Tukar akta perumahan di Malaysia

 


Anda ada berapa buah rumah ?

Tentu banyak kan ? Anda orang kaya atau anda pinjam wang dari bank dan bayar pokok bunga yang tinggi?

Kalau anda adalah jutawan, tidak perlu baca lagi.

Kalau anda bukan jutawan dan tidak ingin anak dan cucu sesak pada masa depan, baca terus dan Twit atau kosing di Facebook, yang paling baik, kosing dengan MP kawasan anda oleh kerana ini akan bergantung kepada MP di parlimen.

Yang saya cadang ialah:

1. tukar akta perumahan di Malaysia

2. satu rakyat, tidak kira OKU atau tua dan muda hanya boleh memperolehi satu buah rumah. Anda boleh jual dan beli 10 kali tetapi, hanya memperolehi satu rumah saja.

3. kira bilangan rakyat di Malaysia, membina rumah mengikut bilangan rakyat. 

4. rumah tidak boleh dibelikan oleh bukan warga negara Malaysia. Bukan warga negara hanya boleh sewa rumah saja.

Mesti ada pembaca pusing kepala kan ? Saya terangkan:

Kalau anda ada 3 anak, tidak kira lelaki atau perempuan, anda sudah berhak mempunyai 5 buah rumah. Anda boleh tanggong bayar 5 buah rumah kah ? 

Bagaimana 3 anak berhak 5 buah rumah?

1 suami, 1 isteri, 3 untuk anak = 5 buah rumah.

Suruh MP anda buat kajian, kini di Malaysia sudah membina berapa rumah ? 

Banyak tempat sudah dibina rumah, tempat untuk binatang liar dan burung pun tidak ada. Orang kaya dan warga asing beli rumah hanya untuk nyamuk yang tinggal.

Jangan ikut negara lain.







Comments