This is not think before you eat but you vote.
Anda tahu, blog ini selalu ada artikel tentang berenang. Yang anda baca mesti tahu, berenang adalah senaman yang paling baik di dunia sampai masa kini.
Di negeri Pulau Pinang ada 11 buah kolam renang, tetapi di SUKMA 2022 di belakang sekali dan negeri Perak tidak hantar perenang ke SUKMA 2022.
https://malaysiaswimming.org/?p=1465
Kenapa ?
Ada banyak kolam renang di negeri Perak, tapi kami tidak tahu berapa kesemuanya kerana tidak ada informasi.
Bahan yang senang dicari ialah, kolam renang di Kuala Kangsar dan Ipoh. Yang lain untuk ahli saja, private clubs.
Kami telah kunjungi kolam renang di Ipoh dan ketahui bayaran begini :
Hari biasa
Dewasa : RM3
Warga emas dan OKU RM2
Hari Sabtu dan Ahad
Dewasa :RM4
Warga emas dan OKU RM3
Ini maksud penduduk Ipoh kaya lah.Jangan tengok angka 2, 3, 4, kalau kira satu bulan, 26 hari, anda dapat angka yang sebenar. Berenang kalau boleh, perlu tiap hari, terutama untuk warg emas.
Di negeri Pulau Pinang, pun tidak begitu bagus walau ada 11 kolam renang, hanya satu, kini di bawah jagaan kerajaan Pulau Pinang.
Yang di bawah jagaan kerajaan Pulau Pinang itu di Jalan Betek. Kutipan masuk ialah:
Dewasa RM3, tidak ada harga diskriminasi pada hujung minggu, termasuk untuk warga asing. Manakala, warga asing di kolam renang perlu bayar RM8 dan RM10 pada hujung minggu.
Warga emas dan OKU, semua percuma.
Jadi, pilihan kerajaan yang betul, akan mafaat kita. Ini bukan sebagai promosi politik tetapi diberitahu kepada rakyat, yang kerajaan yang bagus akan jaga kesihatan rakyat.
Comments