Rakyat tahu reformasi itu kosong


Tapi, bukan ramai rakyat Malaysia boleh fikir waras.

Mereka diganggukan oleh agama. 

Mereka selalu fikir dari sudut agama bukan dari segi sains. 

Susah nak menggunakan analisasi. 

Sistem pendidikan perlu berubah. 

Rakyat sebenarnya bukan tidak faham tentang reformasi. Cuma rakyat menggunakan penanda aras yang mudah. Institusi mesti bebas, dan penguatkuasaan mesti nampak bebas. Ini perkara paling asas dan paling mudah dinilai. Orang kata, "low hanging fruit". Isu yang paling cepat jadi bualan ialah lantikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selagi Tan Sri Azam Baki kekal, keyakinan orang ramai terus bocor. Bila siasatan diumumkan pada masa yang kelihatan selari dengan pergolakan politik, orang terus mengesyaki ada “permainan”. Persepsi ini sangat susah untuk dipadam. Isu kebebasan maklumat (FOI) pula ramai tak anggap sebagai reformasi besar kerana ia bukan perkara harian. Tambahan pula, FOI sudah lama wujud di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi pelaksanaannya juga mengecewakan. Nak minta maklumat pun susah. Jadi rakyat melihat reformasi ini bergantung pada pelaksanaan, bukan slogan. Pemisahan kuasa pendakwa raya dan Peguam Negara pun isu yang sama. Idea itu baik, tetapi persoalannya siapa yang melantik dan bagaimana kuasa itu dikawal. Pengalaman Judicial Appointments Commission (JAC) menunjukkan reformasi boleh jadi sekadar kosmetik jika kuasa terakhir masih berada di tangan Perdana Menteri. Sebab itu ramai rakyat menunggu bukti, bukan sekadar pengumuman. Orang biasa pun melihat dua perkara paling jelas: Perdana Menteri masih merangkap Menteri Kewangan, dan akta pendanaan politik masih belum disentuh. Bila dua perkara ini tidak berubah, reformasi nampak seperti tidak kena pada punca. Jika selepas beberapa bulan masih tiada perubahan yang benar-benar dirasai, ditambah pula dengan kes besar yang melemahkan keyakinan, naratif rakyat akan kekal begitu. Akhirnya, inilah realiti politik.



Comments