Adakah penduduk di Selangor dan Malaysia bertanya, duit siapa yang di guna?
Biasa tidak lah. Sakit jiwa kata dia pelawan, bukan Hang Tuah lah.
Di sini ada article yang menarik fikiran dari Nasri Azhar
https://web.facebook.com/photo/?fbid=1269124022031070&set=a.106748504935300
Petik di sini untuk kita semua belajar.
Kalau Global Sumud Flotilla dah tahu apa yang akan berlaku jika mereka cuba masuk ke Gaza, kenapa pergi sekali lagi? Padahal selepas kegagalan Global Sumud Flotilla 1.0, banyak bantuan dari negara-negara lain sampai dengan jayanya ke Gaza melalui saluran selamat yang sah seperti International Red Cross. Anda boleh cari sendiri tentang maklumat tersebut.
Adakah peserta dari Malaysia ingin dilihat sebagai orang-orang yang disengat dua kali?
Dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ مَرَّتَيْنِ
“Orang beriman tidak disengat dari satu lubang sebanyak dua kali.” [Riwayat Al-Bukhari]
Membiarkan diri disengat dari satu lubang sebanyak dua kali bukanlah sikap orang beriman.

Comments