Malaysia: Pilihan Raya Tempatan perlu berlangsung di semua negeri

 


Bukan hanya di Kuala Lumpur, semua negeri perlu jalani begitu.

Dulu kata cukup sudah cukup, enough is enough, kenapa masih tidak cukup? 

Memang, ramai rakyat belum tahu apa itu pilihan raya tempatan untuk memilih wakil kampung dan lain lain.

AI berkata

Pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau "undian ketiga" di Malaysia tidak lagi diadakan sejak digantung pada tahun 1965 dan dimansuhkan secara rasmi menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 [1.2.1-1.3.12]. [1]
Setakat ini, tiada keperluan atau keputusan rasmi daripada kerajaan persekutuan untuk melaksanakannya semula di semua negeri, memandangkan pelantikan Ahli Majlis dan Datuk Bandar kekal di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau persekutuan. [1, 2, 3, 4]
Hujah Menyokong Pilihan Raya Tempatan
  • Akauntabiliti: Rakyat dapat memilih wakil secara langsung bagi menguruskan isu tempatan seperti kebersihan dan cukai pintu.
  • Demokrasi Matang: Memperkasakan sistem demokrasi akar umbi dan memberi ruang semak dan imbang.
  • Latihan Kepimpinan: Melahirkan barisan pemimpin baharu di peringkat komuniti. [1, 2]
Hujah Menentang Pilihan Raya Tempatan
  • Kos dan Bebanan: Perbelanjaan yang tinggi serta kekangan logistik bagi mengendalikan pilihan raya tambahan.
  • Ketegangan Politik: Risiko peningkatan perpecahan sentimen kaum atau polarisasi politik di peringkat tempatan.
  • Keberkesanan Sedia Ada: Pentadbiran PBT didakwa sudah berfungsi dengan baik melalui lantikan profesional tanpa perlu berpolitik.


Kini terpulang kepada rakyat yang bijak. ahli politik buat kad dan rajah senang untuk terangkan kebaikan ada pilihan Raya tempatan. 

Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia, pusat ekonomi dan rumah kepada lebih 1.8 juta penduduk. Tetapi ada satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu — penduduk Kuala Lumpur pernah mengundi wakil kerajaan tempatan bermula 1952. Jadi, apa yang berlaku selepas itu? Dalam episod pertama siri khas Lebih Maklumat ini, kita menelusuri lebih 130 tahun sejarah pentadbiran Kuala Lumpur — daripada penubuhan Sanitary Board pada 1890, pilihan raya tempatan 1952, penggubalan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, penggantungan pilihan raya kerajaan tempatan, sehinggalah Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974. Bagaimana sebuah bandar yang pernah mempunyai pilihan raya tempatan akhirnya ditadbir tanpa wakil kerajaan tempatan yang dipilih? Dan selepas lebih enam dekad, adakah struktur pentadbiran yang direka untuk Kuala Lumpur pada zaman yang jauh berbeza masih sesuai dengan realiti ibu negara pada hari ini? Ini bukan sekadar cerita tentang Kuala Lumpur.



Comments